Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Isnin, 2 Mei 2011

Pesanan Sayidina Umar al-Khattab r.a



Ini adalah pesanan Sayidina Umar Khattab kepada Sa'ad Bin Abi Waqqas, panglima perang tentera Muslimin ketika pembukaan Kota Parsi.

" Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa'ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samanu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Bilangan tentera kita tidak seramai tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan aka menyebelahi mereka. Jika kita tidak dapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka".

Ketahuilah!

"Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, ada malaikat-malaikat yang mengawasi. Para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. Maka ketahuilah apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang kamu ingin lakukan. Janganlah kamu berkata, "Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan". Mana tahu Allah SWT akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka tumpas dan dikuasai oleh orang-orang Majusi. Mohonlah kepada Allah SWT kemenangan ke atas nafsu-nafsumu seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu".

*Ada seorang sahabat mengajak supaya sama-sama menghidupkan semangat Sayidina Umar al-Khattab. Semoga perjalanan dalam kehidupan ini, perjuangan ini berada di dalam lingkungan rahmat dan hidayah Allah SWT. Insha Allah. Aminn.


Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu.

http://generasieraremaja.blogspot.com

Jumaat, 8 April 2011

Tangisan di Bahrain

Kita semua sedar dan tahu kebangkitan Islam sedang berlaku di negara Arab di Timur Tengah, Bumi. Bermula kejatuhan rejim Zine El Abidine Ben Ali, kemudian disusuli kebangkitan di Mesir menjatuhkan Presiden mereka Hosni Mubarak. Di Libya, pemberontakan oleh rakyat pula sedang berlaku menentang kerajaan Ghaddafi. Bagaimana kebangkitan di Bahrain? Mungkin kita tahu dari media tentang Yusuf Qardawi menyifatkan revolusi rakyat Bahrain sebagai kebangkitan firqah Syiah menentang Sunni.

"Unlike other Arab revolutions inclusive of all people Qardhawi says Bahrain's revolution sectarian."  - Sheikh Yusuf Qardawi.

 Mungkin juga kita tak tahu, Pemimpin Ikhwanul Muslimin yang menyokong kuat kebangkitan rakyat di Mesir tidak bersependapat kata-kata yang dikeluarkan ulama' terkenal itu.


 Apa sebenarnya berlaku di Bahrain?

Sebelum ni aku tak tulis lagi tentang kebangkitan Islam di Timur Tengah, tapi sekarang aku berminat nak kongsi sedikit tentang apa yang sedang berlaku di Bahrain. Sebenarnya, tidak banyak beza dari sudut fizikal kebangkitan rakyat Bahrain, seperti di Tunusia dan Mesir, rakyat bersatu suara dan niat keluar ke jalanan membawa sepanduk meminta hak dan keadilan mereka. Satu protes ataupun demonstrasi secara aman.

Secara spiritualnya, aku pun tak boleh cakap lebih-lebih, sebab aku pun tak nampak perkara ghaib. Tapi boleh lihat secara jelas kebangkitan di Bahrain adalah kebangkitan Islam yang sebenar. Kenapa? Sebabnya setakat ni aku belum nampak lagi wanita Bahrain yang keluar berdemonstrasi yang melihatkan aurat. Semuanya menutup aurat secara rapi. Mereka berdemonstrasi, tetapi dipisahkan mengikut jantina. Lelaki dengan lelaki, wanita pula di antara wanita. 

  Revolusi yang tersusun. Tiada maksiat.

Tetapi perbezaannya, rakyat Bahrain diserang oleh pihak tentera dengan kejam walaupun mereka berdiri sambil mengangkat tangan yang hanya memegang bendera bukannya senjata. Sedangkan pihak berkuasa Bahrain disokong angkatan tentera Arab Saudi dan Kuwait yang lengkap bersenjata menembak mereka sewenang-wenangnya.

Jangan samakan dengan penentangan di Libya. Pemberontak Libya mempunyai senjata dan dibantu tentera barat. Di Bahrain, mereka tidak bersenjata tetapi diserang oleh tentera bantuan dari negara- Islam sendiri. :'(

"Syiah bunuh orang Sunni di Bahrain?!"

Banyak kali aku tanya kat semua orang. Bagaimana Islam mahu kembali bangkit menguasai dunia seperti yang pernah dilakukan Muhammad al-Fateh dan Salehuddin al-Ayubi? Majoritinya menjawab, Islam perlu bersatu! 

Ya! Islam perlu bersatu. Tetapi kenapa perbezaan madzhab ini menghalang kita dari bersatu? Aku secara peribadi merasakan majoriti penganut agama Islam di dunia sama ada yang bermadzhab Ahli Sunnah Wal Jamaah mahupun Syiah tidak mempunyai masalah besar untuk bertolenrasi walaupun berbeza madzhab. Bagi aku, orang Islam yang tidak dapat menerima saudara kita yang bermadzhab Syiah adalah kerana dia mungkin kekurangan ilmu dan pengetahuan ataupun dia sebenarnya adalah seorang WAHABI!

Siapa kata ada permasalahan madzhab di Bahrain?
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. Surah Hud 11:113

Kita perlu kembali sedar dan bersatu agar Islam terus subur di muka bumi ini. Setiap manusia di dunia tidak lepas melakukan kesilapan. Siapa sebenarnya yang takut Sunni dan Syiah ini bersatu. Mestilah musuh tradisi agama Allah, Zionis.

 Tangisan di Bahrain

Aku tak mahu tulis panjang-panjang. Tapi aku minta sesiapa yang terbaca blogpos ni beberapa minit untuk menonton video yang aku sertakan di sini. Inilah sebenarnya yang berlaku di Bahrain. Saksikan sendiri. Ianya benar-benar menyayat hati. Semoga Allah merahmati semua! :')




Untuk video ketiga, video yang terakhir ni. Jika anda benar-benar kuat semangat, maka teruskanlah menonton! Semoga Allah memberi hidayah-Nya kepada semua! :')


Aku nak berterima kasih kat sahabat aku, Faiz kerana berkongsi video ni dengan aku. 

Semoga Allah memberikan kemenangan ke atas orang-orang yang tertindas dan menghancurkan golongan yang zalim. Aminn! Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada pejuang yang syahid di pertempuran itu. AL-FATIHAH!
Apabila sahabat bertanya bagaimanakah caranya hendak menolong orang yang zalim ? Maka rasulullah pun menjawab dengan bermaksud : “Kamu menghalangnya daripada membuat kezaliman.” HR Bukhari

Kami Sahut Seruan Kebangkitan!

http://generasieraremaja.blogspot.com

Sabtu, 26 Mac 2011

Slot 1 26/3/2011

Hari tu aku baru cakap pasal manusia bekerja sehingga tak cukup tidur. Sekarang ni aku masih bersengkang mata menahan rasa mengantuk semalam. Lepas balik kerja malam tadi, lepak ali corner makan roti canai. Balik rumah capai gitar main lagu hotel california dengan bunyi gitar. main sampai lebam. baru teringat patut kena tidur. baring,baring,baring mata tak nak pejam. eh. dah subuh? gelak, gelak, gelak. destinasi tanpa objektif.

Gila dunia? Gila harta? Gila minyak?
Kegilaan ini tidak memerlukan bukti, tetapi ianya berlaku sehari-harian. Mungkin apabila kita ditanya, mesti jawapannya tidak. Tetapi kita sebenarnya dalam tidak sedar hanya mementingkan diri sendiri sehingga banyak menyusahkan yang lain. Sebagai contoh, kerjaya mencetak buku-buku akademik. Mungkin pada zahirnya kita mahu menyumbang sesuatu yang berguna kepada manusia, tetapi pencetakan helaian kertas itu secara tidak sedar telah memusnahkan batang-batang pokok. Maka kesudahannya, bencana mendatang.


Kita perlu jelas, setiap perkara yang kita lakukan ini tidak terpisah dengan sesuatu yang berkaitan dengan hal dunia dan hal akhirat. Di situ kita dapat memahami kepentingan sesama makhluk di bumi. Kerana setiap apa yang berlaku pasti ada balasannya.

Apabila ditanya tentang apa tujuan hidup di dunia? Ada yang menjawab untuk menjadi khalifah di atas muka bumi. Yup! Itu adalah satu kurniaan Allah kepada manusia.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah al-Baqarah ayat 30)
Subhan Allah!. Betapa istimewanya manusia sebagai suatu mahkluk yang dimuliakan Allah. Tetapi kita kadang berasa diri ini begitu penting. "Jika aku tiada di dunia ini, maka bumi akan musnah!" Diumpamakan begitu sikap kita. Padahal kita ini hanyalah seorang daripada 6,852,472,823 manusia dalam satu bumi dalam lingkungan sistem solar berpusatkan matahari di galaksi dalam bimasakti di cakeralawala ini. (FUH2!!)


Hakikatnya kita sangatlah kerdil. Betapa kerdilnya kita? Jadi apalah sangat jika kita mahu banggakan dengan harta kita yang terhad ini? Apalah sangat dengan harta di dunia jika tiada bekalan di akhirat??

Malaikat bertanya kepada Allah,''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang  akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami  senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''

Ternyata ramai manusia hari ini gagal menjadi khalifah yang baik untuk mentadbir bumi. Termasuk aku! :( Kita selalu terlupa hakikat perkara-perkara ghaib, lalu kita terlalu mengejar material. Pada awal bulan ini, di sebelah barat Jepun dilanda Tsunami 8.9 skala ritcher. Mungkin suatu pengajaran kepada kita agar sentiasa menjaga dan menyayangi bumi sepertimana telah diamanahkan oleh Allah.

Kesimpulannya, jika kita yakin dengan setiap amalan kita, kita berhati-hati kepada kesan dunia dan akhirat. Nescaya, setiap pilihan yang kita buat dapat menjamin diri sendiri dan alam di sekeliling kita.

Earth Hour? Aku telah berdosa kerana tidak merayakan Earth Hour? Pencinta alam sejati heh pengguna siti elektrik?

Bagaimana pandangan kita terhadap dunia wahai para khalifah?

http://generasieraremaja.blogspot.com

Jumaat, 18 Mac 2011

Bersediakah kita?

Ini adalah sambungan entri aku yang lalu, Berani Mati. Sebenarnya entri itu aku tulis mengenai soal mengambil risiko. Tapi sebab ramai yang malas nak baca panjang, baca tajuk sudah lah. Tiada kena mengena langsung tentang mati. Tapi takpe, biar kali aku tulis tentang Mati. Aku berbesar hati jika ada yang meneliti baca sampai habis.

Mati! Mati! Mati! Mati! Mati! Mati! Mati! Mati! 

Sebut banyak-banyak. Apa yang korang fikirkan? Korang sebenarnya masih hidup, korang belum mati. Sebab tu kita kena ingat yang hidup tu akan mati. Siapa kata bawa sial cakap kematian? Ada kata mutiara mengatakan, tidur itu mati yang sebentar, mati itu tidur yang selama-lamanya. Tapi kita kadang-kadang sampai tak cukup tidur kerana kesibukan duniawi. Tak kesah la, banyak mesyuarat ke, banyak assignment ke, tak cukup tidurkan. Semua tu melekakan kita untuk tidur, melekakan kita untuk tidak ingat kepada kematian.


Bersediakah kita untuk mati?

Terdengar kata-kata sufi, mereka rindu untuk mati. Sebab mati boleh berhenti dosa. Heh. Itu kata-kata insan yang dicintai Allah. Kita ni? Pada mulut saja kata cinta pada Allah. Hakikatnya, kita hampir-hampir syirik. Sebab tu tanya diri sendiri balik, jangan ikut kata orang lain. Sebelum kita ditanya, tanya diri sendiri dahulu. Bersediakah aku untuk menghadapi mati?

Sejujurnya, aku sendiri belum bersedia untuk mati. Bukan sebab aku cintakan pada dunia. Tapi aku takut, aku takut bertemu Allah, aku malu minta syafaat dari Rasulullah saw. Banyak sangat dosa, tapi mahukan syurga. Sebab tu, aku selalu berdoa supaya dilanjutkan usia. Aku nak banyakkan beramal, berbakti pada orang tua aku, nak bayar segala hutang. Aku nak kahwin*ceh2, aku nak buat haji. Semua tu aku harap-harap sempat tunaikan sebelum mati.

Korang pernah tengok orang tengah nazak? Korang pernah pergi mandi, solatkan jenazah? Kalau belum, insya-Allah nanti kita cuba pergi tunaikan fardu kifayah tu. Jangan pergi saja-saja. Belajarlah sesuatu. Kita pasti akan mati. Memang masa tengah hidup ni, kita juga merasai sakit. Tapi bagaimana kesakitan sakaratul maut? Nanti aku cerita tentang kesakitan sakaratul maut. Teruskan membaca.

"Tiap-tiap diri akan merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barangsiapa yang terjauh daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya berjayalah dia, dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdaya." (Surah al Imran ayat 185)  

Kiamat Sudah Dekat!

Ramai yang tahu tentang hadis-hadis Rasulullah bersabda mengenai umat akhir zaman dan tanda-tanda kiamat. Tanda-tanda kecil aku rasa sudah beberapa puluh tahun lepas sudah berlaku. Video-video tentang tanda-tanda kiamat, dajjal, yakjuj makjuj ataupun iluminati sudahpun tersebar luas dalam masyarakat kita. Tapi aku sedih ramai yang tak mahu berubah. Padahal, tanda-tanda semua telah pun wujud di depan mata. :'(

Tahukah kita, kenapa ramai di antara kita tidak mahu berubah? Sedarlah bahawa kita sedang berada dunia akhir zaman yang mempunyai pelbagai fitnah. Kerana fitnah-fitnah itulah, ramai yang buta untuk berubah. Kerana fitnah-fitnah itu, ramai yang menolak kebenaran. Itulah fitnah dajjal. Tapi ramai yang tak mahu berubah kerana mereka nak sangat jumpa dengan dajjal. Tapi ingatlah, waktu itu adakah kita sempat untuk bertaubat?

Aku memang suka merepek!

Yep! Memang aku dah gila agaknya. Sebab otak aku dah tak betul. Sebab aku fikir bukan-bukan. Sebab aku fikir benda-benda mengarut. Aku esat, tahyul, syirik. Apa benda lagi kau nak cakap? Cakaplah, aku tak kesah langsung. Fikirkan apa yang aku repek-repekkan ni.

"Apa akan berlaku pada 2012?"

Aku selalu tanya orang, apa yang akan berlaku pada tahun 2012. Semua cakap aku ni banyak pengaruh filem-filem barat. Tapi kenapa salah aku bertanya? Apa yang "sebenarnya" akan berlaku? Jangan nanti bila tiba masanya, kita terkejut. Padahal, semua dah ditayangkan awal-awal lagi dan disaksikan di seluruh dunia.


Aku tak kata 2012 adalah tahun kiamat! Memang filem 2012 tu tayangkan bencana alam. Tapi faham lah, akan berlaku satu bencana besar, di mana ramai orang akan mati, hanya segelintir yang berjaya menyelamatkan diri. Bila aku bertanya tu, aku sebenarnya tak mahu pun jawapan korang. Aku nak korang fikir sendiri. Aku nak kita sama-sama bersedia apa jua yang akan berlaku.

Kesakitan sakaratul maut!

“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi boleh berbicara sebentar, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niecaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghazali)

 “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)

Ada orang kata jika kita tergolong dalam golongan orang yang bertaqwa, sakaratul maut tidak akan sakit. Tapi cuba soroti cerita ni. Maaf, aku tak dapat sertakan sumber dan dalil terhadap cerita ni. Aku tak jumpa, tapi aku ceritanya masih segar dalam ingatan aku.

Apabila telah sampai hari kiamat, maka sangkakala itu akan ditiup sebanyak tiga kali dengan cara berasingan. Kali pertama ditiup untuk menakutkan, kali kedua ditiup untuk mematikan segala makhluk yang berada di muka bumi dan kali ketiga ditiup untuk membangkitkan. Setelah ditiup sangkakala untuk mematikan segala makhluk, maka matilah semua makhluk Allah kecuali malaikat Jibrail, Mikail, Israfil dan Hamalatul Arasy (malaikat2 pembawa Arasy Allah). Kemudian Allah memerintahkan Izrail mencabut roh semua malaikat-malaikatnya. Maka Malaikatul Maut pun menjalankan tugasnya dan hanya tinggal Allah dan dirinya.

Lalu Allah bertanya pada Malaikatulmaut: “Hai Malaikatulmaut, siapa yang masih tinggal?”

Jawabnya: “Engkau, ya Allah zat yang hidup dan tidak mati, tinggal aku saja hambamu yang lemah”

Maka firman Allah: “Wahai Malaikatulmaut, tidakkah kamu dengar firmanku? Kullu nafsin dza’iqatul maut, tidakkah kau tahu setiap yang hidup mesti merasakan mati!”

Firman Allah lagi: “Aku jadikan kau untuk tugasmu itu dan kau juga harus mati”.

Apabila Allah telah perintahkan Izrail mencabut rohnya sendiri, maka pergilah dia ke tempat yakni antara syurga dan neraka, lalu dia mencabut rohnya sendiri. Apabila rohnya dicabut, maka menjeritlah dia yang mana diterangkan, andai kata waktu itu masih ada makhluk Allah yang hidup, nescaya akan mati semuanya disebabkan jeritan yang paling dahsyat itu.

Lalu bekata Malaikatulmaut: “Kalaulah aku tahu kesakitan begini di waktu mencabut roh, sudah tentu aku akan mencabut roh orang-orang mukmin dengan cara yang paling lembut sekali.”

Sekarang bertanyalah kepada diri sendiri. Bersediakah untuk mati? Marilah bertaubat kepada Allah!

Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati.(HR Tirmidzi)


Tahan nafsumu! Biarkan hatimu yang menjawab!


http://generasieraremaja.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...