Jika mereka bertanya tentang madzhabku,
Aku berdiam diri lebih selamat,
Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,
Niscaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,
Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: Aku menghalalkan 'berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.
Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku mengharuskan memakan daging anjing,
Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan makhluk.
Dan jika aku seorang ahli al-Hadis, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu
(Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Jilid, II, hal.494).
Sebuah fatwa yang dikeluarkan oleh Imamul Akbar al-Marhum as-Syaikh Mahmud Shaltut ketika beliau masih memangku Jabatan Rektor al-Azhar; dan disiarkan pada tahun 1959 Masehi di Majalah Risalatul Islam yang diterbitkan oleh Darul Taqrib bainal Madzahibil Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan Antara Madzhab-Madzhab Dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun ke-11, halaman 227 berbunyi seperti berikut:
"Agama Islam tidak mewajibkan suatu madzhab tertentu atas siapapun antara pengikutnya. Setiap Muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu madzhab yang manapun juga yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan meyakinkan".
3 kritikan membina:
salam brother.. =)
btol tu..
kalau kat luar negara, kite mmg byk bercampur mazhab =)
dan percampuran mazhab tu tidak salah =)
great post! =)
Islam tidak menggalakkan perpecahan..
Islam menggalakkan persatuan,perpaduan...
Perbezaan madzhab dan pegangan oleh orang Islam sama ada sunni dan syiah..hanya beberapa perkara..
Semuanya adalah Islam..
Jangan mengkafirkan mereka tanpa asas..
Saya ingin menegaskan, saya membantah sebarang usaha mengharamkan satu-satu aliran yang tidak terkeluar dari al-Quran dan sunnah. Baik ia wahabi, salafi, syiah ataupun tarekat yang benar. Setiap aliran tersebut adalah gagasan. Ia adalah teori. Setiap sekolah pemikiran tidak boleh diharamkan dan dihalang sedemikian rupa. Ia hanya boleh dilawan dan dibantah dengan teori dan gagasan lain pula. Ia mesti diperdebatkan secara akademia. Jika ia (aliran tersebut) ditakdirkan 'kalah' maka ia akan mati dan luput begitu sahaja seperti yang telah menimpa sekolah pemikiran Muktazilah, Jabariyyah, Qadiriyyah dan Ibadi..=D
Catat Ulasan