Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Rabu, 20 Januari 2010

Kenapa tidak bersyukur??

kehidupan kita bermula sebagai seorang manusia.
bukankah manusia itu adalah sebaik-baik kejadian yang telah dicipta oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini?

KENAPA TAK BERSYUKUR LAGI??

bayangkanlah roh kita sekarang ni sebenarnya dalam pokok-pokok, binatang ke, sungai ke, gunung ke ataupun sebuah kereta ferrari. jangan pelik-pelik sangat berimaginasi.
bayangkanlah kalau jadi katak. dah la hidup bawah tempurung. lepas tu mati katak. peh!!!

KENAPA TAK BERSYUKUR LAGI??

lihat diri sendiri di depan cermin. lihat muka dan anggota badan yang lain.
ada sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar. hidung untuk menghidu. lidah untuk merasa dan berbahasa.
senang cerita, kita ini diciptakan normal seperti mana manusia-manusia lain.
ada di antara kita, dilahirkan buta, bisu, pekak, kudung kaki, kudung tangan.
Allah Maha Adil, setiap ciptaannya tiada tandingan. janganlah kita sesekali mencaci ciptaan Allah.

KENAPA TAK BERSYUKUR LAGI??

antara calon-calon yang berjaya menjadi manusia di bumi.
keluar je daripada rahim ibu. telinga kita diazankan. lahir dalam keluarga-keluarga muslim.
beruntungnya, bukan dari keluarga yang tiada agama. bayanglah kita tidak dilahirkan dalam Islam. betapa rugi kita? sehingga hembusan nafas terakhir, kita masih dalam kekufuran.
tak sempat beriman dengan la illahailallah, Muhammadur rasulullah. tergolonglah kita dalam golongan-golongan yang rugi.
kita ternyata beruntung dilahirkan dengan nikmat Islam.

KENAPA TAK BERSYUKUR LAGI??

walaupun kita membesar di negara yang mempunyai rakyat berbilang bangsa dan agama.
kita hidup dalam masyarakat yang saling hormat-menghormati. indahnya harmoni.
risiko untuk mengalami bencana alam rendah kerana kedudukan geografi Malaysia itu sendiri.
bayangkan kita lahir di negara yang terancam. Palestin sebagai contoh terbaik.
peluru memang tidak bermata. tetapi bahan kimia berbahaya juga diguna.
agaknya boleh ke kita lepak sambil menonton bola beramai-ramai di kedai mamak?

KENAPA TIDAK BERSYUKUR LAGI??

soal ekonomi? percayalah. ekonomi negara kita berada di tahap yang stabil.
peluang pekerjaan masih banyak. lihatlah berapa ramai rakyat warga asing berpusu-pusu ke kota berbelanja di hari minggu?
sekurang-kurangnya, kita mampu menanggung tempat berteduh termasuk makan dan minum setiap hari.
jangan kita lupa, ramai lagi hamba Allah diluar sana memerlukan sangat makanan dan minuman yang berkhasiat bagi menjamin kesihatan tubuh badan.
kita dikurniakan begitu banyak nikmat rezeki dari Allah.

KENAPA TIDAK BERSYUKUR LAGI??

tagged - abg ronie.din.mirol-

6 kritikan membina:

muhammad amirul @ mirol berkata...

bez..
huhuhu..
abid pon sme

.Amalina Rosli. berkata...

mobgs la.
atleast bg aku sdar sket.
thanks nway

Tanpa Nama berkata...

ok..saya bersyukur!

iqbalsyarie berkata...

owh...best2...bagus entry~
surah Ibrahim ayat 7-->'syukur=tambah nikmat.kufur nikmat=azab yg sgt pedih'

ayap berkata...

syukur dengan apa yang ada~

abid_pm berkata...

Alhamdulillah,
segala pujian hanya milik Allah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...