Pensil, alat tulis yang biasa digunakan oleh semua orang. Kalau nak tanda soalan atas kertas OMR, memang kena pakai pensil jenis 2B. aha. Jadi apa kena mengena pensil dengan cerita aku kali ni?
Aku kalau jawab peperiksaan ke apa ke, memang aku akan lebih suka guna pensil dari pen. Walaupun kadang-kadang aku tengok orang kanan kiri depan belakang aku selamba je jawab guna pen, aku lagi selamba jawab guna pensil. Sebab memang aku tau diri aku selalu ada kesilapan, jadi aku boleh padam kesilapan tu. Memang aku mengaku aku ni kurang yakin pada diri sendiri. Sebab tu aku selalu berwaspada. Tapi baguslah kepada mereka yang guna pen, ada yakin diri yang kuat. clap2*
Dikisahkan dalam satu cerita yang terkenal aku ambil dari satu email yang diforwardkan kepada aku,
Pada suatu ketika seorang cucu melihat neneknya menulis dalam diarinya dan kebetulan ada salah satu kisah mengenai dirinya, akhirnya si cucu bertanya:
"Nenek sedang menulis kisah yang terjadi dalam hidup kita? Kebetulan, dalam nota itu ada cerita tentang saya."
Lantas nenek pun berhenti menulis catatan itu dan tersenyum, seraya berkata kepada cucunya:
"Ya, benar nenek sedang menulis tentang kamu, Namun, apa yanglebih penting daripada kata-kata, adalah pensil ini. Nenek berharap kamu adalah seperti pensil."
Budak itu mengamati pensil yang dimaksudkan kerana berasa tertarik. Tetapi, dia tidak melihat sesuatu yang istimewa pada sebatang pensil tersebut. Lalu dia bertanyakan lagi,
"Tapi kelihatannya pensil ini sama seperti pensil-pensil lain yang pernah saya lihat sebelum ini!"
Nenek hanya terseyum melihat keluguan cucunya itu dan meneruskan ceritanya,
"Semuanya bergantung pada bagaimana kamu melihat pada hal-hal tertentu. Seperti dari pensil ini, ia mempunyai lima pengajaran jika kita benar-benar dapat menjaga dia, dia akan selalu menjadi orang yang damai dengan dunia. :)
Pengajaran yang pertama:
Kita dapat melaksanakan hal-hal besar, tetapi jangan sekali kita lupa bahawa kewujudan tangan yang selalu menjaga kita. Yang dimaksudkan dengan tangan tersebut ialah Allah, daripada-Nya lah kita mendapat petunjuk agar kita berada di jalan yang lurus menuju ke arah-Nya.
Pengajaran yang kedua:
Sekarang atau sebentar lagi kita harus menghentikan apa yang kita tulis kerana mata pensil menjadi tumpul, lalu kita menggunakan pengasah pensil. Hal ini akan membuat pensil tersebut menderita kesakitan, tetapi pada akhirnya, dia akan menjadi lebih tajam. Ini bermakna, belajarlah untuk menanggung penderitaan tertentu, kerana penderitaan akan membuat kita menjadi orang yang lebih baik.
Pengajaran yang ketiga:
Dengan menggunakan pensil ini, dapatlah kita menggunakan pemadam untuk memadam apa yang salah ditulis. Hal ini mendidik kita agar sentiasa memperbaiki kelakuan kita yang buruk secara berperingkat menuju sebuah kebenaran yang hakiki.
Pengajaran yang keempat:
Apa yang penting bagi sebatang pensil bukanlah pada bentuk fizikal kayunya, tetapi kualiti karbon di dalamnya. Dengan begitu, dia akan membalas segala apa yang terjadi dalam jiwa kita.
Pengajaran kelima:
Pensil akan selalu meninggalkan bekas di atas segala perbuatannya. Kita perlu faham bahawa semua perjalanan kita di dunia ini akan sentiasa meninggalkan jejak Jadi selalukan bermuhasabah diri atas segala tindakan yang kita lakukan.
HA!! Jadi apa yang boleh kita dapat dari perbualan cucu dan nenek ni?
1. Kita kena selalu berdoa kepada Allah agar segala urusan kita di dunia ini dipermudahkan
2. Bersenang-senang dahulu, bersusah kemudian :)
3. Sentiasa berubah menjadi diri yang lebih terbilang
4. Kita hendaklah sentiasa menjaga hati kita, sirami dengan iman
5. Belajar dari kesilapan.
Lihatlah, aku rasa kita ni same je macam pensil. Selalu je ada masalah kan. Selalu buat silap. Selalu dimanja. Tapi degil jugak. Kasihan pemadam, tapi pada suatu petang. Berlakulah kisah ni kat atas meja aku tu. sedih :(
Pensil: Kau tahu, aku benar-benar meminta maaf.
Pemadam: Untuk apa? Kau tak melakukan kesalahan apapun.
Pensil: Aku minta maaf, kerana kau terpaksa menanggung sakit gara-gara aku. Walau pada bila ketika aku berbuat kesalahan, kau selalu ada untuk memadamnya. Tetapi kerana kau telah menghilangkan kesalahanku, hal itu telah menyebabkan kau kehilangan sebahagian dari dirimu. Kau semakin kecil dan mengecil.
Pemadam: Benar, tetapi aku tidak terlalu memikirkannya. Kau lihatlah, aku memang dicipta untuk melakukannya. Aku dicipta untuk membantumu sampai bilapun kau melakukan kesalahan. Walaupun pada suatu hari nanti, aku tahu aku akan menghilang dan kau harus menggantikanku dengan yang baru, aku tentu saja senang dengan pekerjaanku. Jadi, kau tidak usah khuatir. Aku benci melihatmu bersedih.
Pemadam: Untuk apa? Kau tak melakukan kesalahan apapun.
Pensil: Aku minta maaf, kerana kau terpaksa menanggung sakit gara-gara aku. Walau pada bila ketika aku berbuat kesalahan, kau selalu ada untuk memadamnya. Tetapi kerana kau telah menghilangkan kesalahanku, hal itu telah menyebabkan kau kehilangan sebahagian dari dirimu. Kau semakin kecil dan mengecil.
Pemadam: Benar, tetapi aku tidak terlalu memikirkannya. Kau lihatlah, aku memang dicipta untuk melakukannya. Aku dicipta untuk membantumu sampai bilapun kau melakukan kesalahan. Walaupun pada suatu hari nanti, aku tahu aku akan menghilang dan kau harus menggantikanku dengan yang baru, aku tentu saja senang dengan pekerjaanku. Jadi, kau tidak usah khuatir. Aku benci melihatmu bersedih.






3 kritikan membina:
saya selalu marah kalau budak2 tulis esei guna pensil..huhu
baguslah tu cikgu..
membina keyakinan..
tapi saya suka guna pensil jugakkk!
haha..nice entry!
pasal pensil pun mcm2 boleh kaitkan. :D
Catat Ulasan