Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.

Rabu, 10 November 2010

Bersatu!

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Tetapi, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan segala bermula dari diri yang penuh hasad dan dengki.

Jika difikir-fikirkan, antara kelebihan teragung yang dikurniakan manusia oleh Allah, tiada tuhan berhak disembah melainkan-Nya, ialah akal untuk kita berfikir dan hati yang membenar kita punya perasaan. 2 kurniaan ini benar-benar membuktikan manusia ialah sebuah ciptaan Allah yang terhebat.


Hal yang demikian ini yang membezakan kita (manusia) dengan ciptaan tuhan yang lain seperti tumbuhan hijau dan haiwan-haiwan. Binatang juga punya otak dan hati, cuma batas untuk berfikir telah dihadkan. Jadi bagaimana seorang manusia yang dapat berfikir secara rasional tidak mahukan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman tenteram.

Di dunia ini, jika kita bukan hidup sesama manusia saja. Kita berkongsi dengan banyak lagi ciptaan, apa alasan kita untuk merasa tamak ingin menguasai dunia bersama nafsu jahat tidak dijaga? Adakah kita benar-benar bersedia menjadi khalifah di dunia?

Bodoh Sombong!

Satu ungkapan paling sesuai pada golongan yang tidak pernah berfikir tetapi hanya mahukan segalanya datang sujud sembah di kaki mereka. Jika mereka benar golongan yang berpemikiran, kenapa tidak mereka melihat petanda dari langit dan bumi bagaimana susunan dan aturan alam ini berputar dalam sebuah kitaran yang hebat. Kita tidak perlu malu untuk belajar dari kehidupan binatang dan mahkluk lain. Bagaimana hebat persaingan mereka di dalam dunia ini, binatang tidak berakal untuk memikirkan itu semua.

Kita semua, sebenarnya bergantungan antara satu sama lain. Jika kau menafikan hal ini, lebih baik kau jadi kanibal! Kenapa perlu makan tumbuhan dan binatang? Kalau betul jika kita berfikir, kenapa tuhan menciptakan tumbuhan dan binatang tu semua?


Memang, manusia tidak sempurna. Semua bersetuju dalam hal ini. Maka, atas alasan itu, bersatu adalah solusi terbaik dalam hal ini. Buangkan segala kontroversi, tingkatkan prestasi. Jika bersatu yang dimaksudkan tercapai, dapatkah anda bayangkan bagaimana situasi dunia?

Siapakah paling bersalah dalam hal ini. Jika anda kenal dengan nama Charles Darwin, pencetus teori evolusi dan bagaimana masyarakat dunia mengamalkannya dalam kehidupan lalu tercetus banyak ideologi-ideologi yang sakit hati, membenam segala kebenaran yang telah Allah ilhamkan. Bagaimana Amerika menggunakan dasar apartheid terhadap golongan imigran dari Afrika? Bagaimana tercetusnya perang dunia? Apa yang sedang berlaku di Palestin hari ini? Siapa yang peduli?

Jangan takut pandang belakang, disitu kita akan kembali mengenali langkah-langkah mengatasi, bagaimana utusan Allah Nabi Muhammad SAW berjaya melumpuhkan segala semangat assabiah yang menebal dalam masyarakat arab yang jahil dalam segala macam perkara. Bagaimana ilmu sama ada tentang perkara yang terang dan nyata ataupun ghaib pada pandangan mata disebarkan seluruh dunia?

Di dalam situasi di negara kita, kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Di sini membuktikan bersatu adalah penyelesaian masalah kita, kenapa perlu mementingkan hak kita sendiri jika hak-hak mereka yang lain terabai? Malu*



Di ambil dari blog SAUDARA (http://satuudara.blogspot.com/)

17 kritikan membina:

princeduyong berkata...

kita tetap bersatu...ayuh genggam tangan...

1 ummah berkata...

ermm..ye..bersatu.umat Islam wajib bersatu..tugas da'ie nk satukn umat Islam mmg berat sgt2..tugas menyaukn umat Islam wajib bagi semua umat Islam..

PhotoGraphic berkata...

salam..bile tgk singa tu teringat plak satu videos sedih

one2paii berkata...

hmm betui tuh bai..kita kena bersatuh..perjuangkan bangsa dan ugama kita

Mr Lonely berkata...

blogwalking.. visited.. XD

Pirate berkata...

bersederhana dalam kehidupan :)

Qa berkata...

ha hu ha..mne shout kamu?

faizzach berkata...

aku ni da la tk rmh tmah... tnsen btul bila kita snyum kt org n nk wat baik n knl2 tp dia wat muka bodo... plik aihhh... tau la aku bdk bru... brlgk nk mmpus... da tua2 pn prngai cmtu lgiii... pe laa

wan muhamad berkata...

Bersatu teguh,bercerai roboh, maju........

Ikmal Fayadh berkata...

yeah..bersatu bertambah mutu gitu yaww.

abid_PM berkata...

@faizzach

hang pasai apa? biasa la budak baru.. :)

maCy berkata...

bersatu kita teguh, bcerai kita roboh ;D

Qa berkata...

singgah jangan tak singgah!

GaDis CoMeL berkata...

bersatu kita bersatu!

Irwan berkata...

orang muda suka bersatu, apa? mereka suka bersatu-buh

King Of Single berkata...

pemimpin pon pecah belah...
mmg payah la nk bersatu..
tp itu xmustahil pabila smua umat ISLAM bnar2 mghayati kandungan serta ajaran ISLAM sbnar.

pelik dengan konspirasi politik skang yg makin hancur...

Nurulbadiah Lai berkata...

bersatu kite teguh..bersatu kite kerana Allah..insyallah..kite tidak akan dipandang hina dan lemah..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...