"Budak-budak zaman sekarang kalau bergaya, kalah mat saleh!"Tapi biasalah, yang selalu menarik perhatian pakcik-pakcik ni, melihat gelagat gadis-gadis Melayu sekarang lah. So, gadis-gadis, better watch out. Anda sedang diperhatikan. Bersikap lebih sopan di khalayak ramai. Malu orang tengok. Lelaki biasanya diorang akan lebih 'cool' bila bersama korang :)
"Kalau mat saleh datang sini, diorang terkejut tengok orang Malaysia lagi dahsyat daripada diorang."
Itu penyakit yang dah lama hinggap dan bersarang dalam jiwa masyarakat kita. Selalu didedahkan dengan budaya-budaya luar, tak kesah lah dari barat atau timur. Rosak terus budaya masyarakat Melayu Nusantara yang terkenal budaya dan adat yang sopan santun. Macam tertulis dalam novel Surat-Surat Perempuan Johor karya Faisal Tehrani, "Masyarakat Melayu mahu jadi lebih Inggeris, lebih daripada Inggeris". Lebih kurang macam tu ayatnya. Aku insan, mudah lupa. Maafkan aku kerana aku Melayu.
Tapi, topik asalnya ialah, jika benar-benar mahu jadi Inggeris ke mahu jadi Korea ke, tanya diri baik-baik, atas tujuan apa kita nak jadi macam diorang? Islam tak larang kita pun, yang PENTING kita tetap dalam ISLAM. (Selama ni kita gunapakai adat resam Melayu pun, banyak khurafatnya)
Nak jadi Inggeris tapi cakap bahasa Inggeris pun berterabur, aku teringat cikgu sains masa sekolah dulu, Mr King Eng Seng. Masa tu kiteorang salah sebut micrometer screwgauge, dia cakap, "Kalau mat saleh dengar, dia gelak KAW-KAW!" haha. :DD
Jadi kat sini aku nak kongsi dua videoblog kat youtube, korang tengoklah, seronok! :D
Baca ataupun Gigi Putih ni dia nak ajar bagaimana nak cakap Inggeris dengan slang Amerika yang betul. Memang diorang gelak dengar orang Malaysia ni sebenarnya poyo je lebih. haha! :D
Dan, satu lagi video,
Belacan dan Paku ni pulak dua orang mat saleh satu lagi videoblog yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan diorang. :D
Hang Tuah pandai cakap Inggeris ke??
www.generasieraremaja.blogspot.com

17 kritikan membina:
jadi diri sendiri lagi best kot..
jangan jadi diri sangat. diri kita tidak sempurna :)
belajar apa yang baik daripada orang lain juga :D
madam abidah penat mengajar inggeris kot..huhu
kau tak reti2 lagi
madam abidah tu, mama angkat saya :D
haha. memang la. ponteng kelas inggeris.
anti penjajah dulu time skolah. haha. tah ape ape!
Belajar Bahasa Inggeris dan belajar ilmu-ilmu yg baik boleh...yg tak elok tu jgn la ikut.
mulia dengan islam.
english for science and technology. SPM dapat B. macam gampang stress
sokong sharizat...hehehe(tetiba jew)
hahahaha mat salleh
haha...lawak la video nih..
layan jugak video ni..best tgk dia bersungguh2 cakap Melayu..
belajar bahasa inggeris tu keperluan...
budaya yang tak elok tu usahlah diikut
geramnya tekan2 vid xjalan..huu
cantik la gambar terbang tu...
lagi byk bahasa kita belajar lagi bagus.kira satu kelebihan.cuma bila dah pandai tu, jgn la tinggi diri plak.ada baiknya kita kongsi dgn ajar org2 di sekeliling kita.biar sama2 pandai gitu.
ni ade tiga isi dalam satu entri rasenye..
fesyen: dunia akhir zaman. yg baik ditinggalkan, yg buruk itu jadi ikutan.
perempuan: haaa...kan dah kata, perempuan ibarat senjata. jadi betul la kate saudara abid, gadis2 better watch out. :)
bahasa: biasalah tu, trademark bahasa jiwa bangsa dah dilupakan. bahasa penjajah tu la yg diagung-agungkan.
p/s: kalau dah melayu makan belacan, tak payah berpura-pura jadi org inggeris. berusaha menjadi lebih baik. tu guna akal yg Allah bg.
ini cuma pendapat. kalau ade rasa tak setuju ke, maafla.
Catat Ulasan