Aku suka dengan satu kisah ni, nampak macam mengarut, tapi ambil lah pengajaran.
Dua biji penih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.
Biji benih pertama berkata, "Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku."
Biji benih kedua pula berkata, "Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak...! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat."
Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.
Cerita yang sangat ringkas, tapi rasanya semua boleh faham, betapa bahayanya jika kita tidak berani untuk berjuang dalam kehidupan ini. Tapi tahniah lah kepada semua orang kerana berjaya untuk terus hidup sampai ke hari ini.
Mari kita putarkan masa, fikirkan balik diri kita di waktu kecil, walaupun tidak pernah mengetahui secara langsung apakah itu risiko, kita telah pun mengambilnya dalam kehidupan sewaktu itu. Tak dapat bayangkan betapa besar risiko yang kita telah hadapi, nampak apa yang menarik pandangan, mesti nak masukkan dalam mulut, nak hisap, nak jilat.. Kita membesar, semua tu berhenti secara sendiri. Secara sendiri ke?? Fikirlah.
Sebenarnya tidak, mestilah ada yang bertanggungjawab dalam melarang kita untuk terus buat sesuatu yang bahayakan diri. Jangan buat ini , jangan buat itu. Sememangnya itu sesuatu yang bagus. Tapi dari sudut yang lain, kita sebenarnya telah membina satu tembok besar disekeliling kita. Konon, ianya sebuah lapisan perlindungan. Sekiranya kita melangkah keluar dari tembok ini, maka bahaya akan menimpa. Itu lah sebenarnya yang terjadi dalam hidup ini bukan? Semakin pelik, sewaktu kecil dahulu kita ambil risiko tanpa berfikir tetapi dewasa ini, dengan kewarasan akal fikiran yang baik, kita membataskan segalanya kerana mahukan kehidupan yang sentiasa dalam keadaan yang selamat.
Jadi apa yang sepatutnya kita sama-sama lakukan? Dari apa yang aku faham, kita pada kebiasaannya tahu risiko yang kita akan hadapi ini adalah masalah kecil. Tapi apakah yang menghalang kita untuk terus mengambil risiko tersebut? Ini adalah mental kita sudah sedia melabel sesuatu. Secara tidak langsung kita telah pun menilai apa yang telah dilabel. Sebagai contoh mudah (tiada kena mengena dengan risiko sebab aku malas nak fikir contoh lain), apa dapat bayangkan apabila disebut, "Red Devil", senangnya korang fikir ianya sebuah pasukan bola sepak England. Itu aku tak cakap pun nama sebenar pasukan. Tapi apa korang boleh bayangkan jika aku sebut FC St Pauli ? Semua tau ianya juga adalah sebuah pasukan bola sepak, sebab ada FC=Football Club. Tapi ianya bukan sekadar pasukan bola sepak biasa, cari sendiri apa tu? Aku ambil sebagai contoh je lahh.
Berhenti sekejap! Dan lihat pada hutan di depan. Jangan lihat batang-batang pokok. Risiko bukan hanya melihat pada sebatang pokok. Risiko sebenar ialah menjelajah hutan itu.
Apa yang aku nak tekankan di sini, kita kena berhenti melabel sesebuah risiko. Melabel sesuatu hanya untuk pengecut. Jika tubuh kita dihalakan dengan sepucuk pistol, adakah patut fikir hanya dengan satu das tembakan kita akan mati? Berhenti berfikir sebegitu kerana kita benar-benar mati jika terus berfikir. Ia bukanlah semudah itu. Sebaliknya, cuba fikir risiko adalah sebuah permulaan dalam penjelajahan baru. Ia bukan hanya satu das tembakan, tetapi sebuah perjalanan yang memerlukan kita untuk memilih tujuan dari simpang penjelajahan yang berbeza.
Columbus tidak mengambil risiko. Dia memilih untuk pergi menjelajah untuk menerokai dunia baru. Pengusaha tidak mengambil risiko. Mereka memilih untuk pergi untuk menjelajah dengan cara lain dalam mencari keuntungan. Syarikat tidak mengambil risiko. Mereka memilih untuk menjelajah melakukan hal-hal yang kreatif daripada sesuatu yang normal.
Ramai orang berada dalam kekeliruan jika berfikir dengan mengambil risiko segalanya akan musnah, langit akan jatuh ke bumi, dunia akan runtuh, dan semuanya tidak akan mudah untuk bangkit semula dari kejatuhan itu. Mentaliti mati ditembak sedas peluru harus dibuang. Aminurashid tak mati hanya kerana satu tembakan. Perlu faham! Setiap kali kita membuat keputusan untuk mengambil risiko, ia sebenarnya adalah membesarkan ruang kita dengan tembok yang kita bina semasa kecil.
Rasanya aku dah banyak merepek. Tak ramai yang rajin baca entri panjang-panjang.
Macam mana nak menang dalam perjuangan ini?
http://generasieraremaja.blogspot.com


8 kritikan membina:
well~ kalau entry berfaedah, aq tetap bc..menarik perumpamaan yg jelas,(bgy aq)..
hdp perlu ambik risiko tpi aq tkot kalau sedas rembakan tu terkena tepat pada jantung aq dan trus mati, klu x pun hdp dlm keterseksaan...
namun seme ni dpt d harungi bersama Agama Allah...
kerna alam ni milik Allah, kita hamba Allah, Allah sayang kita..
Insya Allah berperisai dengan agama Allah kita selamat!
hehe..sori pnjg!
dah tengok pengakuan Azwan Ismail, seorang jurutera berusia 32 tahun dalam Youtube?? Dia mengaku Gay..dia kata hidup mesti berani..memang berani mati
hidup mmg untuk mati.. kenapa perlu takut mati? sedangkan yang kita tahu mati itu adalah perjalanan kembali ke rahmat Allah.. nice man! ;)
mcm mana nak menang? kena terus berjuang.. tapi jgn hanya guna kederat, akal ada.. manfaatkan sepenuhnya.. ;)
Please contact me
Ya Ali
Please contact me:
momenabdulla@gmail.com
Ya Ali
hidup memang perlu berjuang untuk terus hidup,kalau tidak kita akan terus ketinggalan....
hidup memang perlu berjuang untuk terus hidup,kalau tidak kita akan terus ketinggalan....
cik grrr : haha. sebab tu kena bijak, dah tau dah ambil risiko, jangan biar diri ditembak :D
hanya Allah sebaik-baik pelindung :D
imanshah : haha. dah tengok. tu berani bunuh diri namanya.
amirul : dunia kata pergi, kubur kata mari kann? haha.
yeah. guna akal. bersatu!
mohammad : i will
pink pearl lady : memang kena berjuang, bukan senang dapat hidup kann :D
Catat Ulasan